Minggu, 24 Maret 2013

Letak HTML/JavaScript.

Satu lagi benda yang paling penting yang blogger perlu tahu ialah cara memasukkan kod HTML/JavaScript ke dalam blog. Mengapa belajar memasukkan HTML/JavaScript ni sangat penting? Ia boleh membantu korang untuk mencantikkan design blog korang sendiri di samping membuatkan blog korang nampak lebih kemas dan menarik perhatian pembaca. Memasukkan kod HTML/JavaScript ini ada dua cara iaitu edit melalui Template dan juga memasukkannya melalui Layout blog korang..
Dalam entri ini, saya akan ajarkan cara untuk memasukkan kod HTML/JavaScript ke dalam blog korang. Cara ini merupakan cara asas dan paling mudah untuk meletakkan HTML/JavaSript. Korang hanya perlu ikut beberapa langkah mudah.
Sila ikut Tutorial ini untuk mengetahui Cara Meletakkan Letak Kod HTML/JavaScript Dalam Blogger.

1. Login ke blog korang kemudian tekan expand option dan pilih Layout. langkah ini ditunjukkan melalui gambar di bawah.

2. Seterusnya,di dalam template korang, klik "Add a Gadget" untuk menambah gadget pada mana-mana bahagian yang korang nak gadget itu muncul.



3. Satu pop up senarai gadget akan keluar, korang kena scroll ke bawah untuk mencari gadget untuk HTML/Javascript seperti yang ditunjukkan oleh gambar di bawah.

4. Satu lagi paparan akan muncul, korang boleh paste code HTML/JavaScript korang dalam ruangan yang disediakan. Korang juga boleh memilih untuk tidak meletakkan tajuk sekiranya tidak diperlukan. Setelah selesai, korang klik Save.



5. Korang boleh melihat bentuk dan kedudukan Gadget korang dengan membuat preview dan klik Save Arrangement sekiranya berpuas hati. kalau nak edit boleh klik pada Edit untuk mengubahsuai kod.


6. Done. korang dah berjaya memasukkan kod HTML/Javascript.

Selamat mencuba.. dan semoga berjaya ^^

Tidak ada komentar:

Posting Komentar